Search
  • Jamu Jelita Official

Tips Pemakaian Korset & Kebaikan Korset Untuk Kesihatan dan Kecantikan Badan!

Wanita memang sanggup melakukan apa saja untuk mencantikkan penampilannya. Maka tidak hairan apabila pelbagai cara dilakukan kecantikan tersebut. Kecantikan dan wanita adalah satu perkara yang tidak dapat dipisahkan, banyak wanita yang merasa lebih yakin dengan memiliki kecantikan. Namun sesetengah masalah mengganggu keyakinan diri meraka misalnya mengenai bentuk tubuh. Bentuk badan memang menjadi masalah keluhan wanita.



Korset bukanlah lagi sesuatu yang asing dalam kehidupan seorang wanita yang digunakan untuk membentuk tubuh badan yang cantik. Korset telah digunakan sejak zaman berzaman lagi dalam masyarakat melayu dimana ianya seringkali digunakan dalam proses berpantang selepas bersalin. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengembalikan bentuk badan yang asal dan mengempiskan perut. Wanita mana yang tak ingin badannya nampak cantik dan langsing? Itulah antara sebab penggunaan korset tak pernah hilang sampai sekarang.



Fakta mengatakan, pemakaian korset bukanlah satu proses untuk menurunkan berat badan tapi jika memakainya dengan kerap setiap hari mampu mengawal selera makan. Ini kerana dengan memakai korset perut dan pinggang di ikat menyebabkan seseorang itu hanya mampu makan dalam kuantiti yang sedikit.


Tahukah anda bahawa jika kita memakai korset dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan kesan yang tidak sihat pada tubuh badan dan mungkin akan meninggalkan kesan alahan pada kulit kerana kulit tidak dapat bernafas dengan baik dan meninggalkan ruam ataupun gatal-gatal. Oleh sebab itu, anda perlu mengikuti tips pemakaian korset yang betul untuk badan, kesihatan dan kecantikan supaya semuanya seiring.


1.   Pilih Saiz Korset Yang Sesuai

Pemilihan korset yang sesuai adalah penting untuk keselesaan ketika memakai korset. Saiz korset perlu disesuaikan dengan ukuran tubuh masing-masing. Penggunaan korset yang besar ataupun kecil akan memberikan rasa yang tidak selesa dan secara tidak lansung tidak memberi kesan yang bagus kepada si pemakai.



2.   Menjaga Kebersihan Korset

Jika anda memakai korset dengan kerap, anda perlu menjaga kebersihan korset sebaiknya. Jika tidak, mungkin akan meninggalkan kesan yang buruk pada kulit seperti ruam, alahan ataupun gatal-gatal. Lebih baik sekiranya mencuci korset dengan cucian tangan supaya kualiti kain korset lebih tahan lama dan lebih terjaga kesan penggunaannya dalam tempoh jangka masa yang panjang



3.   Pilih Korset Yang Terbaik

Jika anda mementingkan soal kesihatan selain memberikan kecantikan tubuh badan, anda seharusnya memilih korset yang terbaik untuk jangka masa yang panjang. Korset kesihatan yang terbaik adalah KORSET LANGSING BEHERBA


Kebaikan KORSET LANGSING BEHERBA
Menutupi lipatan perut & Membuat pakaian yang dipakai lebih kemas

Kebaikkan menggunakan korset di perut adalah menutupi lipatan perut. Sesiapa pun tidak menyukai lipatan-lipatan yang terlihat di perut akibat lemak, terutama wanita sebab mereka sangat mementingkan soal penampilannya. Biasanya semakin berusia, lipatan di perut akan semakin kentara terutama bagi mereka yang tidak suka bersukan.


Apabila duduk, lebih ketara lipatan perut yang terlihat. Pakaian biasa susah untuk menutupi lemak ini. Oleh kerana itu kita memerlukan korset untuk menutupi lipatan perut. Di luar korset, anda boleh menggayakan pakaian apa pun dan lihatlah perbezaannya. Lipatan perut tidak terlihat lagi dan pakaian menjadi kemas.


Dapatkan sekarang KORSET LANGSING BEHERBA dengan harga PROMOSI di SHOPEE Klik Disini untuk membeli secara online!


Dapatkan di toko2 jamu berhampiran anda..! SHARE post ni di Facebook anda sekarang!

522 views

Contact Us 

 

No 14A, Jalan Keluli AN 7/AN, Seksyen 7, 40000 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan.

 

Hotline

1800-88-5510

 

 

Follow Us

 

  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Google+ Basic Black
  • Pinterest Basic Black

© 2016 by Jamu Jelita.

Subscribe for Updates