top of page
Search
  • Writer's pictureJamu Jelita Official

TIPS BERGUNA !!! MERAWAT MUKA BERJERAWAT DAN BERPARUT.

Masalah jerawat sangat membimbangkan bagi sesiapa yang mengalaminya. Jika tidak dikawal dan dirawat ia akan menjadi semakin parah. Berikut beberapa tips berguna bagi merawat masalah jerawat dan kulit wajah yang berparut.


1. Tangan Sentiasa Bersih

Sekiranya mempunyai kulit wajah yang berjerawat harus memastikan tangan bersih dari kuman. Ketika menanggalkan “make up”, pastikan tangan anda bersih, agar kuman dan bakteria di tangan terutama di celah kuku tidak akan berpindah pada kulit wajah. Kuman yang terdapat pada tangan menyebabkan masalah jerawat menjadi semakin parah. Jangan sentuh kulit wajah terutama bahagian yang berjerawat. Pastikan tangan dicuci menggunakan sabun antiseptik dan kuku anda juga dibersihkan.


2. Mencuci Muka

Sebelum & selepas melakukan sebarang aktiviti, pastikan cuci muka agar wajah kelihatan segar. Wajib mencuci muka jika tidak mahu jerawat menjadi semakin parah. Jika menggunakan “make up” disiang hari, hendaklah bersihkan sisa “make up” dengan "oil clenser" & "foam cleanser" kemudian gunakan "toner" dan "moisturiser" .


3. Gaya Hidup Sihat

Cara merawat muka berjerawat adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Jika menjadi rutin mencuci muka dapat menghapus kotoran, debu, dan sisamake updari kulit wajah, maka jalankan gaya hidup sihat dengan membuang atau meminimumkan kotoran dan minyak pada kulit wajah bermula dari dalam tubuh, Sehingga, wajah beransur pulih dan bebas dari jerawat. Mulakan dengan minum air putih sekurang kurangnya 1 liter setiap hari,lagi banyak lagi bagus. Makanlah makanan yang sihat seperti sayur-sayuran, biji-bijian, buah-buahan, dan ikan yang memiliki serat dan protein yang tinggi. Jangan terlalu kerap mengambil makanan segera dan berminyak, juga minuman bercaffein dan bergas.



4. Elakkan Rambut Pada Wajah

Rambut adalah bahagian tubuh yang paling dekat dengan wajah dan paling cepat membuatkan kulit wajah berjerawat. Walaupun dari luar nampak bersih dan tidak merbahaya, tetapi terdapat banyak debu dan kotoran yang melekat pada rambut jika tidak dijaga, rambut akan menjadi sarang kuman yang boleh membahayakan kulit wajah Anda. Rambut yang melekat pada kulit wajah, ditambah pula dengan peluh yang ada pada kulit menyebabkan masalah jerawat menjadi semakin parah. Pastikan rambut anda sentiasa dijaga dan dibersihkan setiap hari. Sentiasa lap peluh yang ada pada kulit wajah menggunakan tisu kering yang lembut.


5. Terapi Ais Batu

Ais batu membantu menyegarkan kulit wajah, sekaligus membantu mengurangkan jerawat pada kulit wajah. Terapi kulit menggunakan ais batu adalah dengan menggosokkan ais batu pada permukaan kulit wajah secara perlahan-lahan. Ais batu dapat mengeluarkan kotoran dan minyak yang terdapat pada permukaan kulit dan mengecilkan pori-pori. Jadikan terapi ais batu ini rutin bagi meghilangkan jerawat.


6. Gunakan Madu

Madu mempunyai banyak khasiat, antaranya dapat menjadikan kulit lebih halus dan menghilangkan jerawat. Manfaatkan madu sebagai masker untuk merawat muka yang berjerawat. Sapukan madu ke seluruh permukaan kulit wajah, biarkan sehingga 10 minit. Kemudian, bilas menggunakan air hingga bersih.


7. “Peeling”wajah

Lakukan peeling wajah sekurang-kurangnya 2 kali sebulan. Peeling sama seperti masker.


Cara menggunakannya: ialah dengan menyapu gel peeling ke seluruh wajah, tapi ingat jangan terlalu tebal. Tunggu krim peeling mengering, tarik dari sudut ke arah dalam. Bilas wajah hingga bersih menggunakan span basah yang telah direndam dengan air suam.


8. Jangan picit jerawat

Jangan sesekali menyentuh ataupun memicit jerawat. Terutama jika Anda sengaja memecahkan jerawat, sama sekali jangan dilakukan. Kenapa? kerana jerawat yang dipecahkan dengan paksa akan menimbulkan bekas yang sangat susah untuk hilang.


Oleh itu, gunakan cara lain untuk memecahkan jerawat, seperti melakukan rawatan dengan berjumpa pakar kulit, gunakan produk menghilangkan jerawat, atau menggunakan bahan-bahan semulajadi sehingga jerawat menghilang.


9. Cuka Epal

Cuka Epal mempunyai kadar pH yang tinggi untuk kulit, sehingga dapat mengurangi kulit kemerahan akibat jerawat.


Cara menggunakannya : campurkan 5 ml cuka apel dengan 95 ml air, gaul rata. Kemudian sapukan pada jerawat atau bekas jerawat dengan menggunakan kapas. Lakukan sebelum tidur dan biarkan semalaman untuk hasil yang baik.


9. Lidah Buaya

Lidah buaya terkenal dengan khasiatnya yang menyembuhkan pelbagai jenis luka termasuk menghilangkan bekas jerawat. Ini kerana lidah buaya mengandung aloesin, zat yang dapat menghalang pembentukan melanin yang menyebabkan kulit menjadi gelap. Selain itu, lidah buaya mampu memudarkan bekas jerawat dan merangsang pembentukan sel kulit baru.


Cara menggunakannya: potong lidah buaya menjadi dua bahagian kemudian keluarkan isinya menggunakan garpu dan lumatkan . Sapukan keseluruh wajah terutama pada bahagian yabg berjerawat. Biarkan selama 15 minit kemudian bilas menggunakan air suam.

956 views0 comments
bottom of page