Jamu Jelita Official
TIPS atasi masalah SENGUGUT!!
Kebanyakkan wanita, apabila bermulanya kitaran haid bulanan memang cukup membuatkan mereka berasa gelisah yang biasa. Namun bagi sesetengah wanita yang lain pula, pusingan kitara haid ini memang sangat menyakitkan sehingga mengganggu aktiviti harian. Ia disebut sebagai masalah senggugut. Senggugut ataupun disebut sebagai Dysmenorrhea adalah merujuk kepada masalah sakit yang terpaksa dihadapi wanita ketika datang bulan atau haid bagi wanita.
Wanita yang mengalami sengggut ringan digalakkan supaya membuat pemeriksaan awal kesihatan. Ia bertujuan untuk memastikan gejala senggugut primer ini tidak disebabkan oleh masalah sistem reproduksi wanita seperti ensometriosis atau fibroid. Kami kongsikan beberapa cara untuk mengurangkan rasa sakit senggugut.

1. Jaga Pemakanan
Elakkan makanan dan minuman yang boleh memburukkan lagi keadaan akibat kekejangan uterus ketika haid. Terutamanya makanan tinggi lemak, bergaram, minuman bergas, tinggi kafein dan alkohol. Banyakkan minum air kosong atau lebih baik lagi air suam, dapat membantu mengurangkan sakit senggugut.

2. Berehat pada hari kemuncak
“Bed rest” atau berbaring pada hari pertama haid berlaku dapat membantu mengurangkan kegelisahan dan memberi ruang pada tubuh untuk menjalankan fungsinya secara semulajadi. Jangan takut jika ia berlaku buat kali pertama, ia petanda kita seorang yang subur.

3. Terapi Haba
Gunakan bantal panas atau botol berisi air suam dituam atau diletakkan pada kawasan bawah perut yang sakit. Ia dikenalpasti dapat membantu kelegaan otot rahim, mengurangkan penyempitan salur darah dan memperbaiki aliran darah ke uterus.

4. Ambil ubat
Pengambilan sebarang ubat penahan sakit atau painkiller perlukan rujukan dan nasihat daripada doktor terlebih dahulu. Ibuprofen atau aspirin boleh diambil untuk membantu mengurangkan sakit senggugut. Tetapi ibuprofen atau aspirin tidak boleh diambil jika kita ada komplikasi penyakit lain seperti masalah asma, sakit perut, sakit buah pinggang atau masalah hati. Aspirin tidak digalakkan diambil oleh individu di bawah umur 16 tahun. Boleh cuba ubat paracetamol, tetapi kajian menunjukkan ia tidak sebaik kesan ibu profen dan aspirin untuk mengurangkan kesakitan.

5. Sumber vitamin
Terdapat vitamin tertentu yang dikenalpasti dapat membantu mengatasi masalah senggugut. Antaranya ialahminyak ikan,kalsium & magnesium,vitamin B6,vitamin E dan Asid Gamma Linolenik (GLA). Ambil vitamin-mineral ini sama ada dalam sumber diet harian atau lebih mudah lagi, dapatkan dalam bentuk set suplemen untuk senggugut.

6. Lakukan senaman
Senaman ringan baik untuk mengurangkan fokus kita kepada kesakitan dan penting untuk mengekalkan kecergasan fizikal. Jangan risau, sakit ketika haid adalah hal biasa yang sepatutnya tidak menganggu tugasan harian. Cuma elakkan senaman atau kerja berat ketika waktu kemuncak buat sementara waktu sehingga sakit period hilang.

7. Rehatkan minda
Rasa sakit boleh mengganggu konsentrasi dan kadangkala membuat kita mudah rasa stress dan cepat marah. Amalkan aktiviti yang boleh merehatkan minda dan mengurangkan ketegangan emosi dan mengawal mood seperti membaca, melihat pemandangan indah, berjalan dan sebagainya.

8. Terapi mandian
Mandi air suam lebih baik untuk mengurangkan sakit ketika haid. Ia membantu melegakan ketegangan otot, membantu rasa lebih rileks dan memperbaiki aliran darah ke bahagian pelvik atau bawah tubuh.

9. Teknik urutan
Urutan ringan pada bahagian abdomen wanita boleh membantu melegakan saat-saat kesakitan akibat kontraksi otot sekitar uterus (rahim). Orang Melayu suka menggunakan minyak panas berangin dengan teknik urutan lembut. Atau petua orang lama menggunakan minyak dengan campuran bawang merah yang telah ditumbuk, sangat mengujakan. Kajian orang barat pula menyatakan bahawa penggunaan minyak essential mampu menurunkan tempoh kesakitan ketika period daripada 2.4 hari kepada 1.8 hari sahaja.