top of page
Search
  • Writer's pictureJamu Jelita Official

Kulit Kekal SIHAT BERMAYA Di Bulan Ramadan!!!

Updated: Jun 11, 2018

Setiap orang ingin kelihatan sihat dan cantik tidak kira dalaman dan juga luaran terutamanya pada bulan Ramadhan. Antara tip yang patut diamalkan bagi setiap insan ialah mandi sebelum subuh. Tip ini sangat mudah diamalkan dan juga banyak kebaikannya jika diamalkan setiap hari. Mandi sebelum subuh juga dikatakan dapat mengurangkan tekanan serta kita akan berasa tenang. Air yang sejuk pada waktu pagi sebelum subuh akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Bagi yang mengalami depresi atau dengan kata lain tekanan yang mungkin disebabkan bebanan masalah, inilah cara yang terbaik untuk anda menghilangkannya.



Terapat beberapa cara lain yang mudah untuk mendapatkan kulit  yang sihat. Kami kongsikan beberapa petua mudah untuk kulit yang sentiasa sihat dan cantik di bulan Ramadan, muda dan berseri jadi jangan jadikan alasan bulan puasa tak bertenaga, sibuk dan tidak punya masa untuk anda ambil mudah dengan penjagaan kulit  anda.


1. Pastikan seluruh tubuh anda dieksfoliasi sekurang-kurangnya sekali seminggu. Gunakan skrub dari campuran gula perang dan minyak zaitun dan urut secara membulat pada kulit anda. Ia dapat membantu dalam membuang kulit mati dan kotoran yang terdapat pada pori-pori kulit anda. Gunakan gula perang atau serbuk kopi yang digaul sebati bersama minyak zaitun atau minyak kelapa dara.

2. Minum 8 gelas air kosong sehari (4 gelas ketika sahur dan 4 gelas ketika berbuka). Air kosong dapat membantu tubuh anda menyingkirkan toksin dan membuatkan anda sentiasa terhidrat setiap hari.

3. Stres yang berpanjangan boleh memberikan kesan yang negatif pada tubuh anda. Jadi pastikan anda meluangkan masa untuk melakukan meditasi untuk melegakan badan dan tekanan atau luangkan masa beberapa minit untuk relakskan diri dari bebanan kerja. Jangan lupa untuk bersenam supaya tubuh anda lebih cergas.

4. Tidur sekurang-kurangnya lapan jam dan kosongkan fikiran juga jangan makan terlalu banyak sebelum tidur. Tidur yang mencukupi sangat penting untuk membaiki dan memulihkan sel kulit. Ketika tidur, tubuh anda sedang melakukan pelbagai proses ‘pemulihan’.


5. Paling penting ialah mencuci muka anda sebelum tidur. Jangan sesekali tidur dengan muka yang masih penuh dengan solekan. Cuci wajah anda dengan pencuci muka yang sesuai ataupun bilas wajah dengan air suam sebelum tidur. Ia dapat membersihkan minyak, kotoran dan bakteria di pori-pori wajah.

Gabungan produk ini melindungi sel kulit wajah dari kekusaman, jeragat, jerawat & kedutan dengan formulasi Nano Emas utk berikan kesan GLOWING & mengimbangi lembapan pada kulit. Sesuai diamalkan lelaki & wanita. Mengandungi 5 produk dalam 1 pek :

  1. Vitamin C Cleanser

  2. Ageless Gold Serum

  3. Platinum Night Cream

  4. Moisturizer Day Cream

  5. Whitening Gold Soap



Dapatkan sekarang PLATINUM GOLD SET dengan harga PROMOSI di SHOPEE Klik Disini untuk membeli secara online!


Dapatkan di toko2 jamu berhampiran anda..! SHARE post ni di Facebook anda sekarang!

39 views0 comments
bottom of page