top of page
Search
  • Writer's pictureJamu Jelita Official

APA ITU PENYAKIT KELAMIN??


Antara penyakit kelamin yang umum adalah penyakit “sipilis” dan penyakit “gonorrhoea”. Penyakit sipilis boleh merebak melalui hubungan seksual. Malah ada juga kes si ibu yang menjadi penyebab anak dalam kandungan dijangkiti penyakit sipilis. Apabila bayi tersebut lahir, bayi itu akan mempunyai gejala sipilis kongental. Selain itu, sipilis juga boleh merebak melalui ciuman dan pakaian.


Punca Penyakit kelamin:
  • Secara umumnya, penyakit kelamin berpunca daripada bakteria dan kuman. Bakteria atau kuman boleh memasuki tubuh melalui hidung, tekak, mulut, alat sulit dan dubur.

  • Penghidap sipilis biasanya mempunyai ruam yang boleh menyebabkan jangkitan kepada individu lain walaupun tidak melakukan hubungan intim.

  • Ibu yang mengandung boleh menjangkiti bayi yang dikandungnya dengan gejala penyakit kelamin.

  • Sering bertukar pasangan untuk melakukan hubungan itim adalah menjadi punca utama kepada masalah penyakit kelamin.

  • Melakukan hubungan intim tanpa menggunakan kondom juga meningkatkan risiko terkena jangkitan.

  • Daya ketahanan tubuh yang rendah tidak dapat melawan bakteria atau kuman yang boleh menyebabkan jangkitan.

Antara gejala-gejala penyakit kelamin:
  • Merasa sakit dan pedih semasa dan selepas membuang air kecil.

  • Kencing berdarah

  • Haid yang tidak teratur

  • Rasa gatal di bahagian sulit

  • Keputihan

Namun harus diingatkan bahawa bukan semua wanita yang mempunyai penyakit kelamin akan menunjukkan gejala- gejala di atas. Ada juga yang langsung tidak menunjukkan sebarang gejala.



Cara Mengatasi Masalah Penyakit Kelamin
  1. Menjaga kebersihan alat sulit. Elak berkongsi pakaian atau tuala dengan orang lain. Ini adalah cara terbaik untuk mengelak atau mencegah dari dijangkiti penyakit kelamin daripada orang lain atau mencegah dari menjangkiti orang lain.

  2. Pengambilan ubat untuk menghentikan atau mengelak penyakit kelamin. Namun harus diingatkan, pengambilan ubat-ubatan berkemungkinan ada kesan sampingan yang boleh mengundang penyakit lain.

  3. Melakukan hubungan intim secara sihat dengan pasangan yang halal. Jika pasangan menghidap penyakit kelamin, digalakkan menggunakan kondom untuk mengurangi risiko terkena jangkitan.

  4. Jika merasai diri anda atau pasangan ada menghidap penyakit kelamin, sebaiknya dapatkan nasihat dan rawatan awal dari doktor.


GUNAKA HARUM JELITA BAGI MEMELIHARA KEBERSIHAN DI BAHAGIAN KEINTIMAN!!!

Harum Jelita menghimpunkan jamu tradisional yang mempunyai khasiat yang tinggi seperti Kacip Fatimah, Pegaga, Asam Gelugur, Akar Serapat, Manjakani, Sireh dan Aloe Vera. Ia diadun dalam bentuk cecair untuk memelihara bahagian intim kaum wanita agar ia menjadi lebih segar dan sihat.

KHASIAT & KELEBIHAN HARUM JELITA JAMU JELITA :

✔ Membersih dan melindung alat sulit wanita daripada sebarang jangkitan kuman ✔ Mengatasi masalah bau, keputihan dan kegatalan. ✔ Memelihara, menggebu, mencerah, melembap bahagian sekitarnya. ✔ Menyegar bahagian intim wanita sepanjang hari.


KANDUNGAN HARUM JELITA JAMU JELITA :

1. Air suling : Air suling yang digunakan dalam Harum Jelita berperanan penting dalam membantu tubuh dalam proses pembaikpulihan kulit sekaligus melembut dan melembapkan kulit tubuh. Ia juga bertindak sebagai anti-oksida yang berfungsi untuk mencegah daripada penyakit.

2. Garam : Garam berperanan sebagai anti bakteria di mana ia mencegah pembiakan bakteria pada bahagian tubuh.

3. Glycerin : Glycerine berupaya untuk mengekalkan kelembapan kulit. Selain itu, ia juga berperanan untuk mempercepatkan proses penyembuhan, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki semula sel-sel kulit.

4. Daun pudina : Daun pudina merupakan ramuan penting untuk mengatasi masalah kegatalan kulit mahupun masalah lain seperti kulit terbakar dan kusam. Sifatnya yang nyaman dan menenangkan penting dalam menyejukkan kulit. Ia juga berfungsi dalam penghapusan toksin dari tubuh badan.


5. Aloe Vera : Tumbuhan yang berasaskan gel ini terbukti mempunyai banyak kegunaan dan khasiat untuk tujuan kesihatan dan kecantikan. Juga dikenali dengan nama Lidah Buaya, ia mampu merawat masalah kulit dan memudarkan parut yang masih baru, di samping melembap dan menyegarkan kulit,. Ia juga mampu melegakan rasa sakit, gatal dan mengurangkan pendarahan, mempercepatkan proses penyembuhan, serta merawat kulit yang kering dan rosak.

6. Manjakani : Manjakani yang bersifat astringen, berperanan penting untuk membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada faraj.

7. Akar Serapat : Akar Serapat berupaya memperbaiki dan menegangkan tisu faraj selain membantu menghaluskan kulit.

8. Kacip Fatimah : Kacip Fatimah atau nama saintifiknya Labisa pumila terbukti dapat mengatasi masalah keputihan di samping melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita. Ia juga mampu menyegarkan bahagian intim wanita selain mencegah dari penyakit.

9. Sireh : Sireh sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah keputihan di samping menghilangkan bau yang tidak enak pada bahagian intin wanita. Sireh yang juga dikenali dengan nama saintifiknya, Piper betle juga mampu mengatasi masalah kegatalan pada kulit.

10. Pegaga : Daun yang berbentuk ginjal ini juga dikenali dengan nama saintifiknya, Centella asiatica berfungsi untuk merawat masalah keputihan yang dialami oleh kaum wanita, selain mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit.


11. Asam Gelugur : Asid askorbik yang terkandung dalam asam gelugur ini berperanan untuk membasmi bakteria pada tubuh.

Dapatkan sekarang HARUM JELITA dengan harga PROMOSI di SHOPEE Klik Disini untuk membeli secara online!


Dapatkan di toko2 jamu berhampiran anda..! SHARE post ni di Facebook anda sekarang!

254 views0 comments
bottom of page