Search
  • Jamu Jelita Official

9 Jenis Makanan Untuk KESIHATAN & TENAGA LELAKI Perlu Tahu!!

Updated: Apr 26, 2018

Makanan Kesihatan Lelaki? Ramai lelaki tidak mengambil kisah tentang hal pemakanan. Tahukah anda makanan yang baik akan memberi sumber kesihatan Zahir dan Batin anda??. Kaum lelaki juga perlu mengetahui jenis makanan kesihatan yang sesuai untuk diamalkan supaya seimbang dengan pemakanan sehariannya.


Makanan merupakan faktor utama nilai tahap kesihatan dan tenaga, sama ada anda semakin sihat atau kesihatan anda makin terganggu dengan gaya permakanan anda. Berikut merupakan 7 jenis makanan yang baik untuk kesihatan luaran juga dalaman kaum lelaki.



1. Pisang

Pisang yang kaya dengan Vitamin B bukan sahaja dapat menambahkan tenaga lelaki malahan mampu menambahkan hormon seks lelaki kerana ia juga kaya dengan kalium. Bukan itu sahaja, pisang dipercayai mampu menaikkan nafsu lelaki kerana enzim bromelain yang terdapat di dalamnya.



2. Buah-buahan dan Sayuran

Hasil daripada kajian di Harvard baru-baru ini mendapati bahawa sayur-sayuran seperti brokoli, dapat memberi perlindungan terhadap kanser pundi kencing. Ia lebih berkesan sebanyak 2 hingga 3 kali ganda kepada lelaki berbanding wanita.


Para saintis menganalisis diet hampir 50,000 orang lelaki, dan mendapati bahawa mereka yang makan lima hidangan atau lebih brokoli pada setiap minggu berkemungkinan dapat mengelakkan kanser pundi kencing selama sepuluh tahun berbanding yang tidak memakannya. Brokoli dan kubis dipilih sebagai makanan yang paling protektif.


Menurut Pengarah Pemakanan Sukan di University Pittsburgh Medical Centre, Leslie Bonci, buah-buahan dan sayuran mempunyai nutrienn yang menjaga arteri daripada tersumbat sekaligus membantu mengurangkan risiko sakit jantung dan mati pucuk.



3. Tomato

Seorang saintis pemakanan, Lieberman Shari, menyatakan bahawa tomato yang kaya dengan Vitamin A membantu mengekalkan kesihatan prostat sekali gus memelihara kesihatan seksual seseorang lelaki.



4. Kacang

Asid amino arginina yang tinggi di dalam kacang penting untuk sintesis oksida nitrik yang terlibat dalam menjana ereksi.



5. Telur

Jika anda mudah mengalami keguguran rambut, penyelesaiannya adalah mudah iaitu telur. Ini kerana ia adalah sumber Protein dan Biotin (Vitamin B7) yang menggalakkan pertumbuhan rambut, malah kuning telur adalah sumber zat besi yang baik.


Banyak penyelidikan ,menyatakan ia membantu mengurangkan keguguran rambut yang berpunca daripada anemia.



6. Tiram

2 atau 3 ekor tiram mampu untuk membekalkan zinc yang secukupnya untuk sehari, (zinc merupakan mineral penting untuk penghasilan sperma bagi lelaki ). Anda dinasihatkan untuk tidak mengambilnya dengan lebih kerana ia akan mendatangkan risiko.


Dalam satu kajian, 22 lelaki dengan kadar testosteron rendah dan jumlah sperma yang sedikit diberi zinc setiap hari dalam masa 45 hingga 50 hari dan hasil daripada kajian tersebut menunjukkan kadar testosteron dan jumlah sperma mereka meningkat.



7. Salmon

Ikan laut adalah sumber asid lemak omega-3 yang berfungsi merawat pelbagai masalah kesihatan lelaki. Selain merendahkan kandungan LDL atau kolestrol tidak baik, ia turut mengurangkan tekanan dan merendahkan risiko kanser prostat dan kolorektum.



8. Beri Biru

Beri biru mempunyai kaitan dengan penurunan risiko kanser prostat kerana ia mengandungi bahan proanthocyanidin (sejenis flavonoid) yang tinggi. Buah ini dapat menurangkan risiko penyakit jantung, kehilangan memori berkaitan usia dan diabetes.



9. Tongkat Ali

Menurut penyelidikan oleh FRIM, terbukti Tongkat Ali mampu meningkatkan keinginan seks dan menambah tenaga kelakian kerana peningkatan hormon testosteron kepada lelaki yang mengambilnya.


Secara tradisi, tongkat ali digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan termasuk pening kepala, kurap, bengkak, antitumor, antiradang dan antioksida. Eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak terdapat dalam akarnya merupakan kandungan kimia penting industri.


Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali boleh meningkatkan paras testosteron iaitu hormon yang diperlukan untuk fungsi seksual lelaki.



Jus Tongkat Ali merupakan minuman herba yang dirumus menggunakan campuran Tongkat Ali, cengkih dan madu bersama pelbagai jenis herba yang berkesan untuk meningkatkan tahap tenaga fizikal dan seksual buat lelaki maskulin. Malah, ia juga berupaya mengawal hormon testosteron, memelihara kesihatan prostat, menurunkan paras kolestrol serta mengukuhkan tulang, otot dan sendi sekaligus meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.


Dapatkan sekarang JUS TONGKAT ALI dengan harga PROMOSI di SHOPEE Klik Disini untuk membeli secara online!


Dapatkan di toko2 jamu berhampiran anda..! SHARE post ni di Facebook anda sekarang!


1,356 views

Contact Us 

 

No 14A, Jalan Keluli AN 7/AN, Seksyen 7, 40000 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan.

 

Hotline

1800-88-5510

 

 

Follow Us

 

  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Google+ Basic Black
  • Pinterest Basic Black

© 2016 by Jamu Jelita.

Subscribe for Updates